Rabu, 28 September 2016
PELAN INTEGRITI NASIONAL
2:35 PGPelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.
Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
KESIMPULAN PELAN INTEGRITI
2:31 PG
Perlaksanaan pelbagai dasar ,perancangan dan strategi serta
pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara
digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari.Semua ini
akan menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum
serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.Di samping itu, PIN merupakan
kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak
dicapai dalam perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran
baharu.
Khamis, 25 Ogos 2016
SOALAN PENGUKUHAN DASAR UTAMA MALAYSIA
6:44 PG
SOALAN
1. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) digubal merangkumi pernyataan yang berikut KECUALI
A. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang dan pengagihan saksama
B. Membangunkan sebuah masyarakat maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup
C.Memastikan pengukuhan kewangan dan kenaikan harga minyak
D.Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi
2. Antara berikut , yang manakah termasuk dalam Rancangan Pembangunan Negara .
I.Perancangan lepas merdeka
II.Perancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
III,Perancangan Era Wawasan 2020
IV.Perancangan pramerdeka
A. I,II dan III
B.II,III dan IV
C.I,II dan IV
D.Semua di atas
3.Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasionaldiperkenalkan dalam tempoh :
A.Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)
B.Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
C.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP 3)
D.Rangka Rancangan Jangka Panjang Keempat(RRJP 4)
DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA
5:35 PGDASAR DASAR UTAMA MALAYSIA
-Dalam tempoh dua puluh pelaksanaan DEB (1970 - 1990 ) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).Ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran
-Kerajaan melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) . Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik , ekonomi dan sosial .
1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama .
DPN digubal merangkumi perkara - perkara yang berikut :
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama .
3. Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.
4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri - negeri dan kawasan-kawasan .
5 .Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi .
6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif .
7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan .
8. Memastikan persekitaran alam sekitar dan ekologi dalam jangka masa panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan .
DPN juga memberi fokus pada strategi berikut :
1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan .
2.Persaingan dalam pasaran antarabangsa .
Rabu, 24 Ogos 2016
SOALAN PENGUKUHAN DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA
11:58 PTG- Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara.Pilih kenyataan yang paling sesuai.
A. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini.
B.Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik.
C.Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang
D.Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan
Soalan Esei
2. Dasar Belia Negara dirancang untuk melahirkan belia yang berpotensi dan menyumbang kepada pembangunan negara.Bincangkan matlamat dan strategi Dasar Belia Negara.
- Matlamat Dasar Belia Negara
- Strategi Pelaksanaan
- pembentukan sikap - usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
- pembangunan kemahiran dan keusahawanan - mempersiapkan belia dengan teknologi terkini ,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan yang selaras dengan kehendak pembangunan negara.
DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA
10:55 PTG
4.2.2 Dasar Pembangunan Belia Negara
Matlamat Dasar
Sejarah Dasar Belia Negara
¨Dasar Belia Negara diilhamkan pada April 1973 di UM.
¨Pada 13/12/1985 telah diumumkan Dasar Belia Negara oleh Menteri Kebudayaan , Belia
dan Sukan ketika itu iaitu Datuk Haji Sulaiman Haji Daud.
¨Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan sebagai Dasar Pembangunan Belia Negara.
¨Dasar ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara terdiri daripada golongan belia.
¨Kerajaan menyedari bahawa belia adalah sumber utama dan ‘asset’ utama dalam pembangunan Negara.
Takrif Belia
¨Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
¨Dari segi strategi pelaksanaan program dan orentasi aktiviti,tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.
Contoh Program Belia
Program Orientasi Pelajar |
PLKN |
Matlamat Dasar
¨Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,akidah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari,bersemangat sukarela,patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020
.
Strategi Dasar
1.Pembangunan Ilmu ─ usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
2.Pembentukan Sikap ─ usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3.Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan ─ mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
Kemahiran |
Keusahawanan |
4.Pemupukan Gaya Hidup Sihat ─ digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Belia yang sihat dan berjaya |
5.Kemudahan Interaksi Sosial ─ mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6.Perkongsian dalam Pembangunan ─ memanfatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7.Jaringan Hubungan Antarabangsa ─ menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
Prinsip Dasar
Pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut :-
> Mengamalkan prinsip Rukun Negara.
> Mewujudkan semangat perpaduan.
> Mewujudkan sifat kepimpinan yang matang.
> Galakan penyertaan dalam proses perancangan negara.
> Bina moral yang tinggi.
> Capai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Kepimpinan |
Perpaduan |
Mengamalkan prinsip Rukun Negara |
Kelebihan Dasar Belia Negara
>¨Pemurnian dan pembudayaan ilmu melalui penyertaan program
program yang dijalankan
program yang dijalankan
>¨Pemupukan sikap positif dalam diri belia.
>¨Melahirkan pemimpin pelapis negara yang berkepimpinan tinggi.
>¨Meningkatkan jaringan dan interaksi antara masyarakat
antarabangsa dengan belia.
antarabangsa dengan belia.
>¨Pendedahan yang mengikuti arus semasa. Contoh : Perhimpunan
Sejuta Belia. 28 Mei.
Kelemahan Dasar Belia Negara
>¨Program yang dijalankan terhad kepada belia dibandar dan
sangat kurang bagi belia di luar bandar.
>¨Setelah pindaan dibuat pada 1997, taida lagi penggubalan
seterusnya setelah 14 tahun walaupun ia diperlukan. Contoh
Penubuhan Persatuan.
>¨Hasil aktiviti yang dilakukan adalah bersifat sementara dan tidak
begitu terkesan dikalangan belia kini.
>¨Dasar Belia Negara lemah dalam menyatakan maksud belia
secara jelas.
Sejuta Belia. 28 Mei.
Kelemahan Dasar Belia Negara
>¨Program yang dijalankan terhad kepada belia dibandar dan
sangat kurang bagi belia di luar bandar.
>¨Setelah pindaan dibuat pada 1997, taida lagi penggubalan
seterusnya setelah 14 tahun walaupun ia diperlukan. Contoh
Penubuhan Persatuan.
>¨Hasil aktiviti yang dilakukan adalah bersifat sementara dan tidak
begitu terkesan dikalangan belia kini.
>¨Dasar Belia Negara lemah dalam menyatakan maksud belia
secara jelas.
Kesimpulan
Membentuk belia Malaysia yang bersepadu dan cemerlang dari segi matlamat dasar merupakan satu kejayaan yang besar. Belia yang mendokong dan melaksanakan ciri dan prinsip dasar merupakan belia yang diperlukan negara. Tanpa belia pada masa akan datang mungkin akan berlakunya masalah kekurangan pemimpin. Sebagai seorang belia kita hendaklah berbakti kepada negara dengan aktiviti -aktiviti yang berfaedah dan sihat. Belia yang sihat adalah belia yang berjaya.
Langgan:
Catatan (Atom)