Sejarah Dasar Belia Negara
¨Dasar Belia Negara diilhamkan pada April 1973 di UM.
¨Pada 13/12/1985 telah diumumkan Dasar Belia Negara oleh Menteri Kebudayaan , Belia
dan Sukan ketika itu iaitu Datuk Haji Sulaiman Haji Daud.
¨Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan sebagai Dasar Pembangunan Belia Negara.
¨Dasar ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara terdiri daripada golongan belia.
¨Kerajaan menyedari bahawa belia adalah sumber utama dan ‘asset’ utama dalam pembangunan Negara.
Takrif Belia
¨Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
¨Dari segi strategi pelaksanaan program dan orentasi aktiviti,tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.
Contoh Program Belia
Program Orientasi Pelajar |
PLKN |
Matlamat Dasar
¨Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,akidah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari,bersemangat sukarela,patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020
.
Strategi Dasar
1.Pembangunan Ilmu ─ usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
2.Pembentukan Sikap ─ usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3.Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan ─ mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
Kemahiran |
Keusahawanan |
4.Pemupukan Gaya Hidup Sihat ─ digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Belia yang sihat dan berjaya |
5.Kemudahan Interaksi Sosial ─ mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6.Perkongsian dalam Pembangunan ─ memanfatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7.Jaringan Hubungan Antarabangsa ─ menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
Prinsip Dasar
Pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut :-
> Mengamalkan prinsip Rukun Negara.
> Mewujudkan semangat perpaduan.
> Mewujudkan sifat kepimpinan yang matang.
> Galakan penyertaan dalam proses perancangan negara.
> Bina moral yang tinggi.
> Capai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Kepimpinan |
Perpaduan |
Mengamalkan prinsip Rukun Negara |
Kelebihan Dasar Belia Negara
>¨Pemurnian dan pembudayaan ilmu melalui penyertaan program
program yang dijalankan
program yang dijalankan
>¨Pemupukan sikap positif dalam diri belia.
>¨Melahirkan pemimpin pelapis negara yang berkepimpinan tinggi.
>¨Meningkatkan jaringan dan interaksi antara masyarakat
antarabangsa dengan belia.
antarabangsa dengan belia.
>¨Pendedahan yang mengikuti arus semasa. Contoh : Perhimpunan
Sejuta Belia. 28 Mei.
Kelemahan Dasar Belia Negara
>¨Program yang dijalankan terhad kepada belia dibandar dan
sangat kurang bagi belia di luar bandar.
>¨Setelah pindaan dibuat pada 1997, taida lagi penggubalan
seterusnya setelah 14 tahun walaupun ia diperlukan. Contoh
Penubuhan Persatuan.
>¨Hasil aktiviti yang dilakukan adalah bersifat sementara dan tidak
begitu terkesan dikalangan belia kini.
>¨Dasar Belia Negara lemah dalam menyatakan maksud belia
secara jelas.
Sejuta Belia. 28 Mei.
Kelemahan Dasar Belia Negara
>¨Program yang dijalankan terhad kepada belia dibandar dan
sangat kurang bagi belia di luar bandar.
>¨Setelah pindaan dibuat pada 1997, taida lagi penggubalan
seterusnya setelah 14 tahun walaupun ia diperlukan. Contoh
Penubuhan Persatuan.
>¨Hasil aktiviti yang dilakukan adalah bersifat sementara dan tidak
begitu terkesan dikalangan belia kini.
>¨Dasar Belia Negara lemah dalam menyatakan maksud belia
secara jelas.
Kesimpulan
Membentuk belia Malaysia yang bersepadu dan cemerlang dari segi matlamat dasar merupakan satu kejayaan yang besar. Belia yang mendokong dan melaksanakan ciri dan prinsip dasar merupakan belia yang diperlukan negara. Tanpa belia pada masa akan datang mungkin akan berlakunya masalah kekurangan pemimpin. Sebagai seorang belia kita hendaklah berbakti kepada negara dengan aktiviti -aktiviti yang berfaedah dan sihat. Belia yang sihat adalah belia yang berjaya.
0 ulasan:
Catat Ulasan