Khamis, 25 Ogos 2016

DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA

 DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA



 -Dalam tempoh dua puluh pelaksanaan DEB (1970 - 1990 ) dan Rangka  Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).Ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran                                                                          

-Kerajaan melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) . Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik , ekonomi dan sosial .


      DPN digubal merangkumi perkara - perkara yang berikut :

1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama .
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama .

3. Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi  pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri - negeri dan kawasan-kawasan .

5 .Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi .

6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif .

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan .

8. Memastikan persekitaran alam sekitar dan ekologi dalam jangka masa panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan .

    
       DPN juga memberi fokus pada strategi berikut :

1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan .

2.Persaingan dalam pasaran antarabangsa .

3.Wawasan 2020 - menjelang tahun 2020 , Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju .

                                                      

 







0 ulasan:

Catat Ulasan