Rabu, 24 Ogos 2016

SOALAN PENGUKUHAN DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA


  1.  Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara.Pilih kenyataan yang paling sesuai.
           A. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi                   terkini.
           B.Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik.
           C.Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang
           D.Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan

Soalan Esei
  
      2. Dasar Belia Negara dirancang untuk melahirkan belia yang berpotensi dan menyumbang                     kepada pembangunan negara.Bincangkan matlamat dan strategi Dasar Belia Negara.
  • Matlamat Dasar Belia Negara
         - mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi rohaniah, akliah,                    jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari, semangat sukarela, patriotik serta penggerak kepada                kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara.
  • Strategi Pelaksanaan
        - pembangunan ilmu - usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan                dalam pelbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan belia.
        - pembentukan sikap - usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang             positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
        - pembangunan kemahiran dan keusahawanan - mempersiapkan belia dengan teknologi                   terkini ,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan yang selaras dengan                 kehendak pembangunan negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan