Khamis, 25 Ogos 2016

SOALAN PENGUKUHAN DASAR UTAMA MALAYSIA

SOALAN

   1. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) digubal merangkumi pernyataan yang berikut  KECUALI 
                A. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang dan pengagihan saksama 
                B. Membangunkan sebuah masyarakat maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup 
                C.Memastikan pengukuhan kewangan dan kenaikan harga minyak
                D.Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi

   2. Antara berikut , yang manakah termasuk dalam Rancangan Pembangunan Negara .
                  I.Perancangan lepas merdeka
                  II.Perancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
                  III,Perancangan Era Wawasan 2020 
                  IV.Perancangan pramerdeka

                         A. I,II dan III
                         B.II,III dan IV
                         C.I,II dan IV
                         D.Semua di atas

     3.Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasionaldiperkenalkan dalam tempoh :
                 A.Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)
                 B.Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
                 C.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP 3)
                 D.Rangka Rancangan Jangka Panjang Keempat(RRJP 4)
                       

DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA

 DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA



 -Dalam tempoh dua puluh pelaksanaan DEB (1970 - 1990 ) dan Rangka  Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).Ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran                                                                          

-Kerajaan melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) . Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik , ekonomi dan sosial .


      DPN digubal merangkumi perkara - perkara yang berikut :

1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama .
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama .

3. Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi  pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri - negeri dan kawasan-kawasan .

5 .Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi .

6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif .

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan .

8. Memastikan persekitaran alam sekitar dan ekologi dalam jangka masa panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan .

    
       DPN juga memberi fokus pada strategi berikut :

1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan .

2.Persaingan dalam pasaran antarabangsa .

3.Wawasan 2020 - menjelang tahun 2020 , Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju .

                                                      

 







Rabu, 24 Ogos 2016

SOALAN PENGUKUHAN DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA


  1.  Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara.Pilih kenyataan yang paling sesuai.
           A. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi                   terkini.
           B.Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik.
           C.Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang
           D.Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan

Soalan Esei
  
      2. Dasar Belia Negara dirancang untuk melahirkan belia yang berpotensi dan menyumbang                     kepada pembangunan negara.Bincangkan matlamat dan strategi Dasar Belia Negara.
  • Matlamat Dasar Belia Negara
         - mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi rohaniah, akliah,                    jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari, semangat sukarela, patriotik serta penggerak kepada                kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara.
  • Strategi Pelaksanaan
        - pembangunan ilmu - usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan                dalam pelbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan belia.
        - pembentukan sikap - usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang             positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
        - pembangunan kemahiran dan keusahawanan - mempersiapkan belia dengan teknologi                   terkini ,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan yang selaras dengan                 kehendak pembangunan negara.

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

4.2.2 Dasar Pembangunan Belia Negara


Sejarah Dasar Belia Negara
¨Dasar Belia Negara diilhamkan pada April 1973 di UM.
¨Pada 13/12/1985 telah diumumkan Dasar Belia Negara oleh Menteri Kebudayaan , Belia
dan Sukan ketika itu iaitu Datuk Haji Sulaiman Haji Daud.
¨Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan sebagai Dasar Pembangunan Belia Negara.
¨Dasar ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara terdiri daripada golongan belia.

¨Kerajaan menyedari bahawa belia adalah sumber utama dan ‘asset’ utama dalam pembangunan Negara.

Takrif Belia
¨Dari segi umur belia ialah mereka  yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
¨Dari segi strategi pelaksanaan program dan orentasi aktiviti,tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.


Contoh Program Belia
Image result for orientasi ptsb
Program Orientasi Pelajar


Image result for plkn
PLKN

Matlamat Dasar
¨Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,akidah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari,bersemangat sukarela,patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020 .

Image result for pembangunan belia



Strategi Dasar

1.Pembangunan Ilmu usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
Image result for graduasi
2.Pembentukan Sikap usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3.Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
Image result for kemahiran
Kemahiran
Image result for keusahawanan
Keusahawanan

4.Pemupukan Gaya Hidup Sihat digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Image result for sukan
Belia yang sihat dan berjaya

5.Kemudahan Interaksi Sosial mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6.Perkongsian dalam Pembangunan memanfatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7.Jaringan Hubungan Antarabangsa menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.


Prinsip Dasar
Pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut :-
>  Mengamalkan prinsip Rukun Negara.
>  Mewujudkan semangat  perpaduan.
> Mewujudkan sifat kepimpinan yang matang.
> Galakan penyertaan dalam proses  perancangan  negara.
> Bina moral yang tinggi.
Capai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Image result for kepemimpinan
Kepimpinan
Image result for perpaduan
Perpaduan
Image result for ikrar
Mengamalkan prinsip Rukun Negara

Kelebihan Dasar Belia Negara
Pemurnian dan pembudayaan ilmu melalui penyertaan program
program yang dijalankan
Pemupukan sikap positif dalam diri belia.
Melahirkan pemimpin pelapis negara yang berkepimpinan tinggi.
Meningkatkan jaringan dan interaksi antara masyarakat
antarabangsa dengan belia.
Pendedahan yang mengikuti arus semasa. Contoh : Perhimpunan
Sejuta Belia. 28 Mei.




Kelemahan Dasar Belia Negara
Program yang dijalankan terhad kepada belia dibandar dan
sangat kurang bagi belia di luar bandar.
Setelah pindaan dibuat pada 1997, taida lagi penggubalan
seterusnya setelah 14 tahun walaupun ia diperlukan. Contoh
Penubuhan Persatuan.
Hasil aktiviti yang dilakukan adalah bersifat sementara dan tidak
begitu terkesan dikalangan belia kini.
Dasar Belia Negara lemah dalam menyatakan maksud belia
secara jelas.




Kesimpulan 

Membentuk belia Malaysia yang bersepadu dan cemerlang dari segi matlamat dasar merupakan satu kejayaan yang besar. Belia yang mendokong dan melaksanakan ciri dan prinsip dasar merupakan belia yang diperlukan negara. Tanpa belia pada masa akan datang mungkin akan berlakunya masalah kekurangan pemimpin. Sebagai seorang belia kita hendaklah berbakti kepada negara dengan aktiviti -aktiviti yang berfaedah dan sihat. Belia yang sihat adalah belia yang berjaya.