Jumaat, 19 Ogos 2016

Pemakaian Tradisional Kaum India

Lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu permata.Di hari perkahwinan:

  • Lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban
  • Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
  • Wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang dipadankan dengan baju pendek@choli.
  • Lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta.
  • Wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas.
  • Pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja.

Pakaian kaum wanita:


   SARI merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam dengan cara tersendiri mengikut adat. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.Berikut adalah beberapa contoh cara kain sari dipakai:

                                                   ETNIK MALAYALAM

                                                                ETNIK TAMIL


                                                                ETNIK BRAHMIN


Pakaian SALWAR KAMEEZ atau Punjabi adalah popular dalam kalangan kaum  wanita India.Punjabi terdiri daripada blaus yang panjang dengar seluar yang panjang yang longgar serta tudung yang sesuai dengan warna punjabi itu.Wanita India gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
 
SALWAR KAMEEZ


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI

DHOTI merupakan pakaian untuk kaum lelaki.Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.Ada juga dhoti yang berwarna kuning berjalur.Pakaian ini banyak di pakai oleh golongan ceti.

DHOTI


KURTA merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta selalunya dipadankan dengan salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta selalunya dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan.Kurta juga boleh dipakai dengan dhoti.

KURTA

3 ulasan:

nazrul berkata...

trima kasih

Unknown berkata...

Untuk editor blog ini, tolong tukarkan perkataan "Punjabi" kepada "Punjabi Suit" di bahagian Pakaian Salwar Kameez.

Unknown berkata...

Senang nak buat kerja sekolah dalam komputer.imuniti best

Catat Ulasan