Lebih dikenali dengan warna terang
dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu
permata.Di hari perkahwinan:
- Lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban
- Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli
ketat.
- Wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang
dipadankan dengan baju pendek@choli.
- Lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta.
- Wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu
seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas.
- Pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india
dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja.
Pakaian kaum wanita:
ETNIK MALAYALAM
ETNIK TAMIL
ETNIK BRAHMIN
Pakaian SALWAR
KAMEEZ atau Punjabi adalah popular dalam kalangan kaum wanita India.Punjabi terdiri daripada blaus
yang panjang dengar seluar yang panjang yang longgar serta tudung yang sesuai
dengan warna punjabi itu.Wanita India gemar memakai dupatta di bahu mereka
ketika memakai salwar kameez.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI
DHOTI merupakan pakaian untuk kaum
lelaki.Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain putih itu
dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkutkan pada bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik.Ada juga dhoti yang berwarna kuning berjalur.Pakaian
ini banyak di pakai oleh golongan ceti.
DHOTI |
KURTA merupakan pakaian tradisional bagi
lelaki kaum India.Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang
diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta selalunya dipadankan
dengan salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta selalunya
dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan.Kurta juga boleh dipakai
dengan dhoti.
3 ulasan:
trima kasih
Untuk editor blog ini, tolong tukarkan perkataan "Punjabi" kepada "Punjabi Suit" di bahagian Pakaian Salwar Kameez.
Senang nak buat kerja sekolah dalam komputer.imuniti best
Catat Ulasan